HUAWEI P40 Pro Muncul Dalam Imej Sebenar Buat Pertama Kali

Menurut Digital Chat iaitu sumber tempatan yang juga seorang peniris terkenal, memaklumkan entri asal di Weibo yang menyertakan dua keping gambar itu telah dipadam beberapa jam selepas ia dimuat naik. Bagaimanapun, ia sempat disimpan untuk tatapan umum.

Berdasarkan gambar, HUAWEI P40 Pro hadir dengan skrin melengkung di sisi tapi tidak begitu keterlaluan seperti Mate 30. Kamera depan pula ada dua lensa yang dipercayai berlubang pada skrin memandangkan bar status berada hampir dengannya.

Gambar seterusnya pula adalah pada bahagian belakang. Tidak dapat diperincikan kerana panel belakangnya dilindungi kerangka yang juga telah menyembunyikan bonjol kamera.
Seperti biasa, peranti ini masih lagi dalam peringkat ujian dan mungkin ada perubahan daripada segi reka bentuk menjelang pelancaran rasmi nanti? Siapa tahu.