OnePlus Mengacah Fluid Display 120Hz Dengan Sokongan Cip Kustom MEMC

OnePlus Mengacah Fluid Display 120Hz Dengan Sokongan Cip Kustom MEMC

OnePlus telah memperkenalkan paparan Fluid AMOLED dengan sokongan kadar segar semula 90Hz pada telefon pintar mercu sejak tahun lalu menerusi model OnePlus 7 Pro.

Teknologi yang digunakan juga telah melihatkan kelebihan yang ada padanya berbanding telefon pintar mercu lain di pasaran.

If you’ve seen high-quality TVs, you’re no stranger to MEMC. We’ve created a custom MEMC chip that can push ordinary 30fps video up to 120, so any video gets the full advantage of our 120Hz Fluid Display.

Embedded video

Pete Lau, CEO syarikat dalam ciapan terbaru telah berkongsi video pengenalan menunjukkan keupayaan Fluid Display 120Hz yang bakal digunakan pada telefon pintar seterusnya.

OnePlus menyatakan mereka telah mencipta cip kustom MEMC untuk menyokong paparan 120Hz itu. Melaluinya, video biasa 30fps boleh dinikmati dengan kadar bingkai sesaat yang lebih tinggi mencapai 120.

The OnePlus 120Hz Fluid Display: The smoothest, most effortless scrolling experience ever on a smartphone.

Embedded video

Sebelum itu, Pete Lau turut berkongsi video perbandingan antara paparan 60Hz (skrin biasa) dan 120Hz melalui Fluid Display yang terbaru. Rakaman diperlahankan kepada kelajuan 25% adalah untuk menunjukkan kelicinan skrin apabila ditatal.

Fluid Display 120Hz bakal diletakkan pada OnePlus 8 Pro. Peranti ini dijangka tiba dengan kamera depan berlubang, sistem kuadkamera belakang, disamping mengguna semula reka bentuk OnePlus 7 Pro.

Isi dalaman pula besar kemungkinan dikuasakan cipset Snapdragon 865, 12GB RAM, dan sistem operasi OxygenOS versi terbaru diatas Android 10.

Share this post


Your Cart