Samsung Umum Akan Mula Menghasilkan RAM LPDDR5 16GB Secara Besar-Besaran

Samsung Electronics Ltd. selaku peneraju teknologi memori yang canggih kini telahpun mengumumkan akan mula memasuki fasa pengeluaran besar-besaran untuk RAM 16GB LPDDR5 yang pertama dalam industri.
Pada tahun lepas, Samsung juga merupakan pengeluar pertama dalam industri yang menghasilkan RAM 12GB LPDDR5 secara besar-besaran pada Julai 2019.
Menurut Samsung, RAM LPDDR5 16GB itu akan dibangun berasaskan teknologi proses 10nm generasi kedua. Malah ia juga mampu menyokong kadar penghantaran data sehingga 5500 Mb/s, iaitu 1.3 kali lebih pantas berbanding RAM LPDDR4x (4266 Mb/s).
RAM LPDDR5 16GB daripada Samsung ini juga dikatakan mampu menjanjikan penjimatan tenaga sehingga 20 peratus jika dibandingkan dengan RAM LPDDR4x 8GB.