Vivo APEX 2020 – Kamera Dalam Skrin, Kamera Gimbal, Pengecasan Tanpa Wayar 60W

Vivo APEX 2020 – Kamera Dalam Skrin, Kamera Gimbal, Pengecasan Tanpa Wayar 60W

Vivo APEX 2020 merupakan telefon pintar konsep yang terbaru daripada Vivo dan telah diperkenalkan secara rasmi baru-baru ini.

Walaupun tidak dapat dipamerkan kepada orang ramai di acara MWC 2020, Vivo bagaimanapun telah memuat naik video komersial yang memperlihatkan peranti serta fungsi-fungsi menariknya.

Kali ini, Vivo APEX 2020 hadir dengan ciri pengecasan tanpa wayar paling pantas yang pernah ada pada telefon pintar. Teknologi yang dimuat dinamakan 60W Wireless Super FlashCharge.

Vivo APEX 2020 dipadankan dengan skrin penuh 6.45-inci melengkung 120-darjah di kedua-dua belah sisi. Tebing skrin yang lebih tinggi menjadikan ia lebih melengkung berbanding Vivo NEX 3. Apa yang menjadikan skrin ini lebih menarik ialah kehadiran kamera depan yang tersembunyi. Vivo telah membenamkan sensor 16MP untuk pengguna menangkap swafoto.

Sementara pada bahagian belakang, Vivo APEX 2020 membawakan dua lensa berlainan jenis. Pertama, kamera 48MP dengan sokongan seakan gimbal menawarkan sudut penstabilan 200% lebih baik berbanding kebiasaan kamera OIS. Kamera menjadi lebih sempurna apabila peranti turut menyokong ciri memadamkan efek photobomb dengan segera.

Kedua, peranti konsep ini membawakan kamera periskop 16MP yang membolehkan zum optikal dibuat secara berterusan 5x hingga 7.5x selain mempunyai ciri auto-fokus audio untuk merakam suara yang lebih tajam serta jelas.

Bagaimanapun, perlu diingatkan Vivo APEX 2020 hanyalah sebuah peranti konsep dan kemungkinan fungsi-fungsi ini akan diimplementasikan pada telefon mercu Vivo pada masa akan datang. Kita nantikan.

Share this post


BATIK69 # Situs Daftar Slot Gacor Hari Ini Scatter Hitam Terlengkap
ssh premium
Your Cart