HUAWEI MatePad Pro 5G Diperkenalkan – Kirin 990 5G, Pengecasan Tanpa Wayar 27W

HUAWEI MatePad Pro 5G Diperkenalkan – Kirin 990 5G, Pengecasan Tanpa Wayar 27W

Walaupun MWC 2020 dibatalkan, HUAWEI hari ini telah mengadakan majlis pelancaran tertutup di Barcelona untuk memperkenalkan beberapa produk terbaru mereka. Antara yang diumumkan adalah HUAWEI MatePad Pro 5G.

Baca: HUAWEI Mate Xs Dilancarkan Dengan Skrin OLED Boleh Lipat 8″, Kirin 990 5G Dan 55W SuperCharge

24 people are talking about this

HUAWEI MatePad Pro 5G hadir dengan sokongan 5G sekaligus menjadikan ia antara tablet terawal di dunia yang mempunyai teknologi rangkaian selular generasi kelima. Tablet dengan reka bentuk yang menyerupai iPad Pro ini dilengkapi paparan AMOLED 10.8-inci 2560 x 1080 malah turut dikuasakan cip pemproses paling berkuasa pernah dibangunkan HUAWEI melalui Kirin 990 5G. Sistem memori pula digandingkan 6GB atau 8GB bersama keluasan storan hingga 256GB.

Bagi menjadikan ia sebuah tablet yang lebih praktikal, HUAWEI turut menyertakan fungsi pengecasan tanpa wayar padanya yang membolehkan bateri sebesar 7250mAh dipenuhkan. Tambahan, fungsi yang sama juga membolehkan pengguna mengecas peranti lain seperti telefon pintar, peranti boleh pakai, dan sebagainya.

Huawei Mobile

@HuaweiMobile

The is the World’s first tablet featuring wireless charging and reverse charging, and can be used as a power bank for other devices.

Embedded video

36 people are talking about this

HUAWEI MatePad Pro 5G yang mempunyai bezel paparan nipis telah membuatkan HUAWEI perlu menanam kamera swafoto pada skrin. Sementara bahagian belakang pula menampilkan tetapan dwikamera.

Baca: https://teknoratz.com/huawei-matebook-x-pro-2020-kini-rasmi-dengan-intel-core-generasi-ke-10-dalam-warna-emerald-green/

Daripada segi sistem operasi, HUAWEI dilihat sekali lagi tidak menyertakan perkhidmatan mudah alih Google (GMS) sebaliknya hanya membekalkan perisian asas Google sahaja. HUAWEI juga nampaknya betul-betul mahu memfokuskan kepada perkhidmatan mudah alih mereka tersendiri melalui HUAWEI AppGallery. Tidak dilupakan segala sistem dijalankan di atas Android 10.

HUAWEI MatePad Pro 5G boleh ditambat dengan beberapa aksesori lain seperti papan kekunci mudah alih dan pen stylus bagi meningkatkan lagi produktivi pengguna.

Bercakap tentang harga, HUAWEI akan menjual tablet ini pada harga €749 (~RM3403) (disertakan M Pen) untuk versi selular 8GB+256GB Vegan Leather, manakala €549 (~RM2494) untuk versi WiFi 6GB+128GB.

Share this post


Your Cart