realme India Sahkan Kemunculan realme 6 dan realme 6 Pro Tidak Lama Lagi
Selepas mengumumkan telefon pintar mercu 5G pertamanya dengan pelancaran model realme X50 Pro 5G dua hari lepas, kini realme India telah mengesahkan kemunculan dua lagi model dari kelas pertengahan terbaharunya tidak lama lagi iaitu realme 6 dan realme 6 Pro.
Perkara ini telah dikongsikan melalui ciapan di Twitter rasmi realme India, namun begitu buat masa ini tarikh pelancaran siri realme 6 tidak pula didedahkan kepada umum.
Melalui perkongsian berasingan oleh Madhav Sheth selaku CEO realme, kini terdapat lebih daripada 9 juta pengguna telefon pintar realme dalam tempoh 18 bulan di India.
Berdasarkan perkongsian itu, lebih 6 juta terdiri daripada pengguna realme 1, realme 2, realme 3 dan juga realme 5. Manakala untuk model realme 2 Pro, realme 3 Pro dan realme 5 Pro pula telah mencatatkan lebih 3 juta pengguna di negara itu.
Semalam kami ada berkongsi sebuah telefon pintar yang dipercayai model realme 6i yang berjaya didedahkan melalui laman rasmi FCC. Berdasarkan pendedahan itu, realme 6i menyokong kuad kamera 48MP, bateri 5000mAh, dan juga pengecasan pantas 18W menggunakan USB Type-C.
Baca juga: